Hakim Datuk Seri Zakaria Sam (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan menolak saman tersebut dengan kos RM70,000 perlu dibayar oleh Mohamad atau Mat Sabu selaku plaintif terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak yang dinamakan sebagai defendan pertama dan UMMB defendan kedua.

Dalam keputusannya, Zakaria menyatakan, ketiga-tiga artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 27 dan 28 Ogos 2011 berhubung ucapan Mat Sabu tentang sera­ngan Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan tidak berunsur fitnah.

Katanya, ucapan Presiden PAN tersebut tentang Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan sebenar yang menyerang kawasan itu diketuai Mat Indera tidak boleh dibuat tanpa mendapat kritikan.